Thursday 25 August 2016

Filled Under:

INILAH DIKATAKAN DUNIA AKHIR ZAMAN!! Jom tengok 4 foto aktiviti memalukan dan tak masuk akal sekali sepasang kekasih melayu dalam masjid sempat dirakam CCTV di Melaka!!!

    KES mencuri duit daripada tabung masjid bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah banyak kali kejadian seumpamanya dirakamkan menerusi kamera pengawasan litar tertutup (CCTV).

    Terbaru, sepasang kekasih di Melaka dikatakan cuba untuk mencuri tabung Masjid Asyakirin, Bachang namun terbantut apabila gagal membuka peti besi berkenaaan.



    Menerusi beberapa suntingan gambar daripada CCTV yang bertarikh 17 September, kira-kira pada jam 3 petang, gelagat pasangan tersebut yang berpura-pura untuk bersolat sebelum cuba memecah tabung di ruang solat lelaki dirakam kamera litar tertutup masjid berkenaan sebelum kes itu menjadi viral di laman sosial Facebook, sejak kelmarin.





    Menurut portal Harian Metro, seperti mana yang dinyatakan oleh Pengerusi Masjid Asyakirin, Mohamad Ismail, 76, pihak masjid menyedari tabung berkenaan cuba dipecahkan selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.

    “Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mengumpil dan membuka peti besi sumbangan jemaah, namun tidak berjaya.

    “Selepas gagal mengumpil, lelaki terbabit cuba mengangkat peti besi itu namun tetap gagal,” katanya. 





    0 comments:

    Post a Comment