Wednesday, 31 August 2016

Filled Under:

SUAMI TAMPIL DEDAH PUNCA SEBENAR ISTERI DAN ANAKNYA SANGGUP TERJUN DARI TINGKAT 32...RUPANYA BELIAU DI....

    SUAMI TAMPIL DEDAH PUNCA  SEBENAR ISTERI DAN ANAKNYA SANGGUP TERJUN DARI TINGKAT 32...RUPANYA BELIAU DI....

    KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah berusia 23 tahun bersama anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 32 Residensi Kiara Jalil 2, Bukit Jalil, di sini, hari ini. 

    Kejadian disedari suami mangsa kira-kira jam 2 petang apabila terdengar bunyi benda terjatuh ketika berada di rumah mereka di tingkat 9 kondominium berkenaan. Ejen hartanah berusia 28 tahun yang memeriksa dari koridor rumah kemudian terkejut melihat isteri dan anaknya terdampar di tingkat bawah. 

    Difahamkan, mangsa cuba membunuh diri pagi tadi dengan mengelar lengannya menggunakan pisau tetapi, dihalang suami. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, badan dan kaki dan siasatan polis di lokasi turut menemui telefon bimbit milik mangsa di tingkat 32, yang dijadikan kawasan rehat bagi penduduk. 

    Menurut Kok Sin, suami mangsa berkata mereka sekeluarga termasuk adiknya yang tinggal bersama di rumah itu mahu pulang ke Karak sebelum kejadian itu. Katanya, mangsa kemudian memberitahu suaminya mahu membuang sampah dan membawa bersama anak mereka namun, tidak kembali ke rumah. 

    "Selepas lima minit isterinya keluar, suami mangsa meminta adiknya untuk mencari wanita itu di parkir kereta kerana dia mahu mengemas barang. ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita dan anaknya yang dipercayai terjatuh dari tingkat 32 sebuah kondominium. 

    "Tidak lama kemudian, dia terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan apabila diperiksa isteri bersama anak sudah terbaring di tingkat bawah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Chong berkata, suami mangsa memberitahu, isterinya itu mengalami tekanan dan dikatakan selalu berfikiran negatif dan sedih, selain sering memberitahu mahu membunuh diri.

     "Bimbang dengan keadaan isterinya, lelaki itu membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital pada Mei atau Jun lalu," katanya. Kok Sin berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysai (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





    0 comments:

    Post a Comment