Wednesday 31 August 2016

Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda Wajib tahu..Tolong Sebarkan Info Penting ini

Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda Wajib tahu..Tolong Sebarkan Info Penting ini

Ancaman Zika kini sah melanda Malaysia, dengan seorang wanita dari Klang yang baru pulang dari Singapura disahkan positif sebagai kes pertama di negara ini.

Anak wanita berkenaan di Singapura dilapor turut dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura, didapati negatif.

Sebelum kes ini lagi, kebimbangan jelas semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia ekoran penularan kes Zika di negara-negara jiran.

Di Singapura, seorang wanita hamil antara 24 kes Zika terkini yang dikesan di sana, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes di Republik itu. Kerajaan negeri Johor sebelum ini telahpun mengambil langkah mempertingkatkan kawalan di enam pintu masuk sebagai langkah berjaga-jaga.

Di Thailand pula, jumlah kes Zika semakin meningkat dengan 97 orang didiagnos dengan penyakit itu dalam tempoh separuh pertama tahun ini.


Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, berkata kementeriannya mempunyai pakar dan kemudahan yang cukup untuk mendepani sebarang kemungkinan.

"Virus itu sampai atau tak sampai, mereka yang sudah dikesan positif akan dimasukkan ke dalam wad dan tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan jangkitan virus itu kepada individu lain. 

Semua hospital utama di negara ini mempunyai unit kawalan penyakit berjangkit dan diketuai oleh Ketua Pakar Jangkitan Penyakit Malaysia, Dr Christopher Lee dan kita mempunyai pakar di seluruh negara untuk merawat penyakit ini," katanya ketika sidang media khas pada Isnin.

Virus Zika dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947. Ia kemudiannya tersebar secara besar-besaran di Amerika, selepas jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei tahun lalu.

Berikut, lima perkara yang anda perlu tahu tentang Zika:

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.


Q: What is #Zika?
A: Zika is a virus spread to humans by Aedes mosquitoes, the same mosquitoes that spread dengue, chikungunya, yellow fever


Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Kesan Zika pada bayi 

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

Dr Chan: Although a causal link between #Zika in pregnancy & microcephaly has not been established, the circumstantial evidence is worrisome

2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Q: How is #Zika treated?
A: The symptoms of Zika can be treated w/ common pain & fever meds. There is currently no cure or vaccine for Zika

— WHO (@WHO) January 22, 2016

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

3. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

5. Langkah-langkah pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.


SUAMI TAMPIL DEDAH PUNCA SEBENAR ISTERI DAN ANAKNYA SANGGUP TERJUN DARI TINGKAT 32...RUPANYA BELIAU DI....

SUAMI TAMPIL DEDAH PUNCA  SEBENAR ISTERI DAN ANAKNYA SANGGUP TERJUN DARI TINGKAT 32...RUPANYA BELIAU DI....

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah berusia 23 tahun bersama anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 32 Residensi Kiara Jalil 2, Bukit Jalil, di sini, hari ini. 

Kejadian disedari suami mangsa kira-kira jam 2 petang apabila terdengar bunyi benda terjatuh ketika berada di rumah mereka di tingkat 9 kondominium berkenaan. Ejen hartanah berusia 28 tahun yang memeriksa dari koridor rumah kemudian terkejut melihat isteri dan anaknya terdampar di tingkat bawah. 

Difahamkan, mangsa cuba membunuh diri pagi tadi dengan mengelar lengannya menggunakan pisau tetapi, dihalang suami. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, badan dan kaki dan siasatan polis di lokasi turut menemui telefon bimbit milik mangsa di tingkat 32, yang dijadikan kawasan rehat bagi penduduk. 

Menurut Kok Sin, suami mangsa berkata mereka sekeluarga termasuk adiknya yang tinggal bersama di rumah itu mahu pulang ke Karak sebelum kejadian itu. Katanya, mangsa kemudian memberitahu suaminya mahu membuang sampah dan membawa bersama anak mereka namun, tidak kembali ke rumah. 

"Selepas lima minit isterinya keluar, suami mangsa meminta adiknya untuk mencari wanita itu di parkir kereta kerana dia mahu mengemas barang. ANGGOTA polis mengangkat mayat wanita dan anaknya yang dipercayai terjatuh dari tingkat 32 sebuah kondominium. 

"Tidak lama kemudian, dia terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan apabila diperiksa isteri bersama anak sudah terbaring di tingkat bawah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Chong berkata, suami mangsa memberitahu, isterinya itu mengalami tekanan dan dikatakan selalu berfikiran negatif dan sedih, selain sering memberitahu mahu membunuh diri.

 "Bimbang dengan keadaan isterinya, lelaki itu membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital pada Mei atau Jun lalu," katanya. Kok Sin berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysai (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Tuesday 30 August 2016

Yana Samsuddin: Padah Langgar Pantang, Sama-Sama Kita Doakan Yana Samsuddin...

Yana Samsuddin: Padah Langgar Pantang, Sama-Sama Kita Doakan Yana Samsuddin...

PETALING JAYA: Gara-gara melanggar pantang, pelakon Yana Samsudin memberitahu dia mengalami bentan ketika dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 21 Julai lalu.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin,32, berkata, perkara tersebut terjadi selepas secara tidak sengaja dia melanggar pantang dengan memakan makanan sejuk yang tidak sesuai dengan ketahanan badannya.

"Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka.

Kehadiran cahaya mata mengeratkan lagi hubungan Yana dan Fadzil.
"Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan.

"Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam, walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Bini-Biniku Gengster ini berkongsi pengalaman ketika melalui proses berpantang selepas bergelar ibu kepada bayi lelaki yang diberi nama Aisy Mateen.

Yana berkahwin dengan pelakon dan penulis skrip Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.

Selain itu, kata Yana, dia juga tidak membuat sebarang persediaan untuk melalui proses berpantang secara pembedahan.

"Saya sudah baca dan buat banyak persediaan untuk bersalin secara normal, namun tidak sangka waktu bersalin itu mengambil masa 16 jam sehingga doktor beritahu bayi hampir lemas dan terpaksa dibedah," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang nama Aisy Mateen, Yana berkata, dia dan suami sudah merujuk nama tersebut kepada beberapa ahli agama sebelum membuat keputusan menggunakan nama berkenaan.

Katanya, Aisy Mateen merupakan bahasa Arab yang membawa maksud Kehidupan Yang Teguh.

"Sebenarnya nama ini sudah lama ada sejak dia belum lahir sahaja cuma kami tangguhkan pendaftaran nama itu kerana atuk-atuk dia pun ada beri cadangan nama Azizan dan Ibnu Sinar.

"Selepas tiga minggu dilahirkan dan melihat nama terbaik, barulah kami buat keputusan untuk pakai nama ini malah Fadzil juga sudah merujuk terlebih dahulu dengan beberapa ahli agama tentang nama itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Yana berkata, dia turut merancang untuk mengadakan sebuah majlis bagi memperkenalkan bayi sulungnya itu kepada rakan-rakan terdekat dan media tidak lama lagi.

"Ramai nak jumpa dan melawat saya, tapi buat masa ini saya belum bersedia untuk terima tetamu, saya pun belum sihat sepenuhnya.

"Insya-Allah saya juga ada merancang untuk adakan sebuah majlis dan menjemput semua rakan-rakan dan media tidak lama lagi," ujarnya.


Polis Dedah Hasil Bedah Siasat Budak 2 Tahun Mati Didera Kakak Dan Abang Ipar..Terjawab Semua Penipuan Suspek

Polis Dedah Hasil Bedah Siasat Budak 2 Tahun Mati Didera Kakak Dan Abang Ipar..Terjawab Semua Penipuan Suspek

asdayat Nudzirah Nur Safiah Sabaruddin, 2, yang meninggal dunia di Paka dekat sini semalam dipercayai didera oleh ahli keluarga sendiri.

Arwah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka pukul 3.45 petang oleh kakak dan abang iparnya namun disahkan telah meninggal dunia beberapa jam yang lalu.

Dia dikatakan ditinggalkan oleh ibu bapanya di bawah jagaan pasa­ngan itu selepas Aidilfitri lalu kerana mereka bekerja di Kuala Lumpur.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaacob berkata, pasangan yang menjaga kanak-kanak berkenaan mendakwa mangsa sudah meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan terhadap tubuh mangsa mendapati banyak kesan mencurigakan.
“Keseluruhan badan kanak-kanak malang itu mempunyai ba­nyak kesan parut dan luka lama di belakang kaki kiri, lebam di dahi, luka di bibir dan luka di kepala bahagian kiri yang masih berbalut.

“Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan berkenaan, namun punca kematian belum diketahui. Bedah siasat dilakukan hari ini dan kita masih me­nunggu keputusan pihak hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Ahmad Zailani berkata, susulan kejadian itu, kakak dan abang ipar mangsa yang tinggal di Tebing Tembah Paka telah ditahan di hadapan bilik unit forensik Hospital Dungun malam tadi.

“Pasangan suami isteri yang kedua-duanya berusia 21 tahun te­lah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman dan mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

“Kakak mangsa difahamkan tidak bekerja manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat tempatan,” ujar beliau.
Tambah Ahmad Zailani, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


"Macam Mana Tak Kawin Kalau Dah Penah . . .", Masih Ingat Pasangan Ini?? Baru Beberapa Hari Berkahwin Akhirnya Bapa Pengantin Lelaki Terpaksa . . .

"Macam Mana Tak Kawin Kalau Dah Penah . . .", Masih Ingat Pasangan Ini?? Baru Beberapa Hari Berkahwin Akhirnya Bapa Pengantin Lelaki Terpaksa . . .

KUALA PENYU: "Sudah suka sama suka, biarkanlah...doakan mereka bahagia," kata Matalin Utam, 52, bapa remaja lelaki yang berkahwin dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun, Selasa lalu. Pernikahan pasangan itu menjadi viral di laman sosial berikutan remaja lelaki berkenaan, Mohd Sufie, baru berusia 18 tahun manakala isterinya,

 Dayang Sopiah Gusti, 24 tahun lebih tua. Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kekapor di sini, sebentar tadi, Matalin berkata Mohd Sufie, anak keempat daripada tujuh beradik, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal berkenaan beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka. 

Walaupun mengakui mulanya terkejut sebaik mendengar hasrat Mohd Sufie, pengawal keselamatan itu berkata dia dan isteri, Janawiyah Ocat, 46, akur dengan pilihan anak lelakinya yang bekerja sebagai pembantu jualan di Labuan. Alin @ Matalin Utam bersama isterinya Janawiyah Ocat ketika ditemui dikediaman mereka di Kampung Kekapor, Kuala Penyu. 

"Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.

 "Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri.

 "Saya cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tak kacau isteri orang sudahlah," katanya sambil meminta orang luar tidak 'membawa mulut' mengenai perkahwinan anaknya, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka. Dayang Sopiah yang juga suri rumah memiliki lima anak berusia lima hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

 Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu, Janawiyah berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah. 

"Dia kata pilihannya muktamad...saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah. "Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia," katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.



Awek Ini BENGANG Dengan Sikap Kakaknya Yang HALANG Dia Nikahi Seorang Ustaz, Akhirnya Dia....

Awek Ini BENGANG Dengan Sikap Kakaknya Yang HALANG Dia Nikahi Seorang Ustaz, Akhirnya Dia....

Punye la gembira aku bila ada sorang ustaz ni berkenan dan nak ajak kahwin dengan aku. Tapi masalahnya kakak aku nie tak suka.

Dia suruh aku cari lelaki lain. Aku geram dan bengang. 8 bulan kemudian, akak aku koma dan meninggal dunia. Tunang aku si ustaz tu acuh tak acuh je layan sms aku.

Aku mula selidik dan alangkah terkejutnya aku bila tau yang ustaz tu sebenarnya adalah............



Monday 29 August 2016

Selepas di Ceraikan Talak Satu!! Akhirnya zila Berlaku Jujur Cerita Perkara Sebenar Hubungan Beliau Dengan Kekasihnya Buat Along Terdiam Malu!! Sebenarnya Beliau Telah....

Selepas di Ceraikan Talak Satu!! Akhirnya zila Berlaku Jujur Cerita Perkara Sebenar Hubungan Beliau Dengan Kekasihnya Buat Along Terdiam Malu!! Sebenarnya Beliau Telah....

Keempat, Zilla Seeron,28, Mengesahkan Sudah Empat Bulan Dia Dan  Bekas  Suaminya,Along Raja Lawak Tidak Tinggal Sebumbung.

Menurutnya Yang Ditemui Pada Majlis Rumah Terbuka Mawi,Di Sini Semalam,Mereka Kini Dalam

Proses Perceraian Apabali Suaminya Memfailkan Saman Nusyuz.

"Ya,Memang Benar Sayang Dan Suami Dalam Proses Perpisahan. Along Cam Telah Pun Memfailkan

Saman Nusyuz Yang Mendakwa Saya Keluar Rumah Pada 25 MAC Lalu Dan Gagal Menjalankan

Tanggungjawab Sebagai Isteri Dan Ibu.

"Saya Lihat Hubungan Kami Sudah Tidak Boleh Diselamatkan Lagi.Apa Yang Pasti Keretakan Rumah
Tangga Bukan Kerana Orang Ketiga , Sebaliknya Tiada Sefahaman," Cakap Sambil Menangis.

Dalam Pada Itu Zila Turut Meluahkan Kerinduan Terhadap Anak Tunggalnya Ahmad Danial,5,Yang Kini

Berada Dalam Jagaan Along Dan Keluarganya Di Johor.

"Kami Memang Membuat Persetujuan Untuk Danial Dijaga Oleh Along . Sebulan Saya Hanya

Dibenarkan Berjumpa Dengannya Sebanyak Dua Kali Sahaja Dan Tidak Boleh Bermalam.

"Memang Saya Terlalu Rindukan Danial. IBU Mana Yang Tidak Sayangkan Anak Sedangkan Sebelum Ini

Saya Menjaganya Sepenuh Masa. Selepas Kehidupan Lebih Stabil, Saya Pasti Akan Menuntut Hak

Jagaan Anak,"katanya.


MASYALLAH DAH Jumpa..!!! Inilah Penawar Yg Disembunyi Pakar Kanser..2-3 Potongan Lemon Direndam Di Air Panas Ternyata 10,000x Lebih Kuat Dari Kemoterapi, Tolong Artikel Ini Jangan Putus Pada Anda, Bantu Saya Untuk Share Ke Kekawan Yang Lain Agar Bermanfaat..

MASYALLAH DAH Jumpa..!!! Inilah Penawar Yg Disembunyi Pakar Kanser..2-3 Potongan Lemon Direndam Di Air Panas Ternyata 10,000x Lebih Kuat Dari Kemoterapi, Tolong Artikel Ini Jangan Putus Pada Anda, Bantu Saya Untuk Share Ke Kekawan Yang Lain Agar Bermanfaat..

Potong 2-3 keping lalu dimasukkan ke gelas, tambah air panas, air lemon bakal jadi sedikit “keruh”, minum setiap hari dapat menyihatkan badan kita.

Air lemon panas dapat melepaskan zat anti kanser dalam tubuh kita, hal semacam ini jadi penyembuhan kanser terbaru dalam dunia perubatan. 

Ais air lemon cuma mempunyai kandungan vitamin C, sama seperti tomato, dari pada langsung makan, 

lebih baik dimasak dahulu dengan baik, kerana tomato mentah tak mempunyai kandungan lycopene.
lemon panas

Lemon merupakan buah ajaib yang boleh membunuh sel kanser, 10,000 kali lebih kuat dari kemoterapi, namun tak menghasilkan kesan sampingan seperti kemoterapi. 

Saat tekanan darah terlampau tinggi, lemon boleh mengatur tekanan darah, antidepresan serta gangguan saraf, 10,000 kali lebih baik daripada ubat, lemon boleh melambatkan perkembangan sel kanser.

Dihasilkan dengan therapy lemon, cuma akan memusnahkan sel-sel ganas, namun tak mempengaruhi sel-sel sihat.

Juice lemon, asam sitrat serta limau polifenol, boleh secara efektif mencegah tromboemboli urat, menyesuaikan aliran darah, mengurangkan pembekuan darah. Saya saat ini tahu bahawa limau merupakan buah yang sangat baik, jom share dengan rakan-rakan dan keluarga biar mereka juga tau!


Terkini! Along Cham Mengucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Zila.. Tahniah Zila.. Semoga Kekal Dalam Hubungan Selepas Ini... Lihat Ayat Penuh Cham....

Terkini! Along Cham Mengucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Zila.. Tahniah Zila.. Semoga Kekal Dalam Hubungan Selepas Ini... Lihat Ayat Penuh Cham....

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4), kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.

Lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.

Along selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohonan perceraian itu pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Cubaan Zila untuk bersalaman dengan Along ketika bertembung di perkarangan mahkamah ditolak pelawak itu.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.

Bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Dalam pada itu, Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa hari ini.



Zila dan Along bersama anak mereka, Ahmad Danial.

Mereka juga diminta untuk mendaftarkan perceraian tersebut di kaunter mahkamah selain sijil pernikahan dilupuskan.

Terdahulu, Abdul Halim turut mendengar sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan Along pada 12 Mei lalu dan membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.

Dalam perkembangan sama, peguam syarie Roshdan Sujak ketika ditemui berkata, hak penjagaan anak pasangan itu juga sudah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Julai lalu.

Zila mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan.

Katanya, hak penjagaan kekal Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun diberikan kepada Along dan Zila diberi hak lawatan selama dua hari dalam sebulan.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010.

Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.


'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.

Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.

Namun awak tahu apa?

Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa?

Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'

Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.

3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki & cemburu manusia

Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.

Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.

Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.

Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.

Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.

Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh

Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.

Nak tahu kenapa?

Kerana Allah swt telah berfirman:

'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'

Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.

Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.

Siapa tahu?

Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.

Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.

Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.


Tak Tahan DiKritik Teruk Netizen!! Akhirnya Uqasha Senrose Berlaku Jujur Terpaksa Dedahkan Perkara Sebenar Beliau buka Tudung..Sebenarnya Dulu Saya..

Tak Tahan DiKritik Teruk Netizen!! Akhirnya Uqasha Senrose Berlaku Jujur Terpaksa Dedahkan Perkara Sebenar Beliau buka Tudung..Sebenarnya Dulu Saya..


Tidak senang dengan keputusan pelakon Uqasha Senrose enggan terus hipokrit lalu membuka tudung, segelintir peminat mula mengecam tindakan itu dengan mendakwa beliau kononnya mempersendakan agama.

Rata-rata peminat di laman Facebook rasmi Uqasha menyatakan rasa kesal mereka apabila Uqasha tidak mahu berpura-pura lagi, malah membuka topik tentang ajal dan balasan neraka di akhirat.

“Ke kiri orang mengata, ke kanan pun orang mengata,” kata satu coretan Uqasha semalam selepas pengakuan beraninya dalam satu laporan Berita Harian.

Uqasha juga mula berkongsi beberapa gambar terbaru beliau bersama adik-beradiknya, para pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Selama tiga tahun lepas, cuma Uqasha sahaja yang bertudung antara mereka bertiga. Namun kini mereka sedondon dengan rambut perang kelihatan gembira, sambil Uqasha menyarung selendang.

Semalam mengakui kini kembali kepada imej asal selepas tiga tahun memakai tudung, Uqasha mengakui bahawa beliau tidak berfikir panjang ketika mula berhijab.

Uqasha, 23, berkata dirinya tidak berniat untuk mempersendakan agama dan merasakan diri lebih munafik, atau hipokrit, jika terus bertudung dan kini “mahu jadi diri sendiri”.

Namun, para peminat ternyata berang dengan penampilan baharunya, dan berikut merupakan beberapa komen negatif popular yang diterimanya, kebanyakannya daripada pengguna lelaki:

Ahmad Faisal Ahmad Ziad: Hilangnya maruahmu sebagai seorang Islam, maka hilang jugalah peminat-peminatmu krana peminat-peminatmu berkejaran ke syurga bukan ke neraka.

Abu Khidir: Agak-agak dah buka hijab iman tu boleh konsisten tak? Kalau berhijab pun iman turun naik, apatah lagi buka hijab. Mati datang tiba-tiba.

Noor Ahmad Ahmad: Malaikat maut tunggu kita semua setiap masa je dan Munkar Nakir tunggu setiap masa je nak balun jika tak dapat menjawab pertanyaan mereka. Tidak kah anda semua bersedia dan tidak gentar?

Akil Mustafa Madu: Aku betul-betul kesian kat kau. Kenapa lah gelap sangat hati kau ni kan. Sampai sanggup mempermainkan agama.

Namun, ada juga beberapa peminat wanita yang memberi sokongan terhadap Uqasha, sambil mengingatkan orang ramai bahawa memakai tudung pilihan peribadi dan tidak patut dipaksa:

Diah Armanda: Mungkin ini yang terbaik untuk Uqasha jadi bersabar lah. Tak guna kita paksa orang nanti tak ikhlas susah. Biar kan hidup dia kan hal dia lah, kita tak perlu sibuk jaga tepi kain..

Satu Arah: Keputusannya ada di tangan masing-masing, jangan pertikaikan soal hak orang lain sedangkan kita ini bukanlah hebat sangat! Maka itu tolong lah jangan nampak silap atau kesalahan orang lain, kita ini apa kurangnya.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/uqasha-kembali-imej-asal-peminat-tuduh-mainkan-agama#sthash.k4kP0KEt.dpuf


Sunday 28 August 2016

Sayu.. Along Cham Melafaskan Cerai Kepada Zila Seeron Secara LIVE Depan Orang Ramai, Lihat Reaksi Zila Merayu-rayu Dengar Apa Zila Cakap Memang Sedih.. Tapi . . .

Sayu.. Along Cham Melafaskan Cerai Kepada Zila Seeron Secara LIVE Depan Orang Ramai, Lihat Reaksi Zila Merayu-rayu Dengar Apa Zila Cakap Memang Sedih.. Tapi . . .




PERGHHH!!!! TAK SANGKA...RUPA-RUPANYA Isteri Baru DR Khir Toyo BUKAN CALANG-CALANG ORANG.. JOM TENGOK BIODATA BELIAU!! PASTI RAMAI YANG TERKEJUT BESAR..((2foto))

PERGHHH!!!! TAK SANGKA...RUPA-RUPANYA Isteri Baru DR Khir Toyo BUKAN CALANG-CALANG ORANG.. JOM TENGOK BIODATA BELIAU!! PASTI RAMAI YANG TERKEJUT BESAR..((2foto))

KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah pada Ahad.

Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990. - Bernama


Dah Agak Dah!! Rupanya Ini Penyakit Sebenar Zizan Razak Selepas Dimasukkan Ke Hospital Pasti Buat Peminatnya Bersedih....Tu La,,Banyak Sangat Buat...

Dah Agak Dah!! Rupanya Ini Penyakit Sebenar Zizan Razak Selepas Dimasukkan Ke Hospital Pasti Buat Peminatnya Bersedih....Tu La,,Banyak Sangat Buat...Kerja

KUALA LUMPUR: Jadual kerja padat menyebabkan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak jatuh sakit beberapa jam sebelum mengacarakan program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, 

. Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 32, mendakwa ototnya mengalami tekanan kerana bekerja tanpa rehat. "Cepat sembuh Zizan Razak... 

 Akademi Fantasia (AF) pulak. Zizan kena kuat okay... Tak mahu lembik-lembik," luahnya melalui status pada akaun Instagram, hari ini. 

Zizan memberitahu, doktor menjelaskan dia menggunakan tenaga melebihi had sehingga mendatangkan tekanan kepada otot. 

"Seperti mana tuan badanpun kadang kala stress juga. Doakan Zizan sembuh okay,"

 katanya yang menyertakan gambar klinik yang dikunjunginya pada status berkenaan. Selain Zizan, Alif Satar yang berganding dengan pelawak itu sebagai pengacara, menjadi trending di laman sosial Twitter selepas diumumkan sebagai hos pada konsert pertama AF2016, 

Ahad lalu. Menerusi hashtag #AF2016, ramai yang memuji kredibiliti Alif sebagai seorang pengacara. Malah, ada yang menganggap cara aktor itu mengendalikan program realiti terbabit jauh lebih baik berbanding Zizan.





Ini Punca Sebenar Uqasha Sensore Kembali Tidak Bertudung Buat Semua TerPena,,dah Aga Dah,,Sebelum NI Pun Bertudung Kerana Nak....

Ini Punca Sebenar Uqasha Sensore Kembali Tidak Bertudung Buat Semua TerPena,,dah Aga Dah,,Sebelum NI Pun Bertudung Kerana Nak....


KUALA LUMPUR: "Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan."

Begitulah luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab.

Akui pelakon teater Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap.

"Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

"Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.

"Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai," katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

Pada pertemuan itu, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali kepada penampilan asal.

Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama.

"Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," katanya.

Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen.

Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan.

Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.


Saturday 27 August 2016

SAYU...Berita Sedih Yang Kami Terima Tadi..Khas Buat Peminat Syamsul Yusoff Dan Puteri Sarah .. Semoga Bersabar Dengan Dugaan BERAT Dari ALLAH ini..

SAYU...Berita Sedih Yang Kami Terima Tadi..Khas Buat Peminat Syamsul Yusoff Dan Puteri Sarah .. Semoga Bersabar Dengan Dugaan BERAT Dari ALLAH ini..

Dua tahun berkahwin, pasti ramai yang menantikan pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk mempunyai cahaya mata mereka sendiri.#

Jelas Puteri Sarah kepada Harian Metro baru-baru ini, sejak beliau mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah dan suami tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata.#

Namun, mereka akur bahawa hal ini juga bergantung kepada rezeki dan mereka akan sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa.#

 Puteri Sarah pada masa yang sama bersyukur kerana keluarga beliau dan keluarga mentua tidak memberikan sebarang tekanan untuk beliau mendapatkan anak.@

Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.@

Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa.@

Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. @

Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.#

Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.@

Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan’. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima.@

 Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya.@

ADMIN DAN RAKYAT MALAYSIA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA...AMINN.


MasyAllah!! Tak Jadi Kahwin Pengantin Lelaki Tak Tau Niat Mandi Wajib,,,Umur Dah panjang ,,NIAT Mandi Wajib Pon Tak Tahu

MasyAllah!! Tak Jadi Kahwin Pengantin Lelaki Tak Tau Niat Mandi Wajib,,,Umur Dah panjang ,,NIAT Mandi Wajib Pon Tak Tahu

Sepasangan kekasih yang sama sama berusia 15 tahun terpaksa menunda perkahwinan mereka karena calon pengantin lelaki gagal menjawab soalan niat mandi wajib.

Dalam kejadian yang berlaku 26.08.2016 pasangan tersebut telah di hadapkan ke mahkamah agama karena calon pengantin wanita terlanjur mengandung.

Mahkamah menerangkan bahwa aturan untuk menikah sekurang kurangnya lelaki berusia 20 tahun dan wanita berusia 18 tahun,oleh sebab itu mahkamah memutuskan untuk memberikan beberapa syarat bagi pasangan yang ingin berkahwin awal.

Akan tetapi karena pengantin wanita mengandung terlebih dahulu,persyaratan umur dikecualikan dan mahkamah terpaksa menikahkan mereka.

Yang menariknya saat berlangsung sidang,hakim meminta keduanya berdiri dan menyuruh untuk membacakan niat mandi wajib,tetapi calon pengantin lelaki hanya senyum senyum tanpa sembarang jawapan.

Melihat gelagat remaja lelaki tersebut hakim paham kalau ia tak tau niat mandi wajib.”Sidang ini kita tunda dan sidang pada minggu depan kamu harus sudah tau, tutur hakim sembil mengetuk palu.

Menurut hakim zainuddin niat dia untuk bertanyakan niat mandi wajib kepada pasangan muda itu supaya mereka paham bahwa suami isteri yang habis berhubungan badan harus mandi wajib untuk menghilangkan hadasnya,jika tidak mandi sudah tentu mereka akan berdosa,katanya.

Untuk pasangan muda banyak hal yang harus di pahami,bukan hanya soal mandi wajib,mereka juga harus pandai solat,tahu dasar dasar agama,halal haram makanan ,tanggung jawab dan lain lain,Kami meletakkan persyaratan ini bersebab bukan suka suka.tegas zainuddin.