Wednesday, 7 September 2016

Filled Under:

"Saya Minta Maaf .. Saya Bukan Sengaja.. Saya Buat Semua Ini Kerana..", Aksi Panas Siti Elizad Dan Amar Bahrin Dirakamkan Dan Tersebar! Ini Alasan Elizad Kepada . . . .

    "Saya Minta Maaf .. Saya Bukan Sengaja.. Saya Buat Semua Ini Kerana..", Aksi Panas Siti Elizad Dan Amar Bahrin Dirakamkan Dan Tersebar! Ini Alasan Elizad Kepada . . . .

    KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 32, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan lakonan mesranya bersama rakan gandingan, Amar Baharin, menerusi drama Si Kolot Suamiku. 

    Elizad berkata, beliau juga tidak berkecil hati dengan segala kritikan yang diterima, sebaliknya menerima komen terbabit secara positif. "Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon.

     "Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan 'rating' tontonan drama ini. Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu," katanya 

    Baru-baru ini, drama Si Kolot Suamiku yang disiarkan menerusi sebuah saluran berbayar mendapat sambutan hangat sehingga hingga menjadi trending di Twitter. Dalam memuji lakonan pelakon utamanya, Elizad dan Amar, ramai juga kurang senang dengan lakonan mesra kedua-duanya yang dikatakan agak berlebihan. 

    Lebih-lebih lagi apabila menjayakan watak suami-isteri di atas katil, yang dianggap tidak manis bagi Elizad kerana dirinya sudah bergelar isteri. Sementara itu, tambah Elizad, beliau tidak mudah melatah dengan sebarang kritikan asalkan suaminya, Shamsul Baharin 

    Rahman, 44, memberikan restu bagi setiap kerja dilakukannya. Dalam pada itu, Elizad tidak menyangka Si Kolot Suamiku mendapat tontonan sangat tinggi sehingga hampir mencapai sasaran tiga juta penonton. 

    "Kami mendapat maklum balas daripada pihak stesen penyiaran berkenaan, drama ini sudah hampir mencapai sasaran. "Saya sangat seronok dengan perkembangan itu, apatah lagi watak saya dalam drama ini, iaitu Tengku Nur Edrina, kebanyakannya berbentuk komedi. Ia berbeza dengan lakonan saya sebelum ini yang lebih banyak beremosi dan menangis," tuturnya. 

    Ekoran lakonan komedinya menjadi perhatian ramai, beliau turut ditawarkan untuk terbabit dengan beberapa program berbentuk lawak. Katanya, ia tentu saja dilihat sebagai pencapaian baharu buat beliau.





    0 comments:

    Post a Comment